welcome 2 my club!!!!!!!

Tuesday, February 1, 2011

Cerita Sang bayu...(vol.2)

   Ketibaanya kali ini tiada jemputan..dan bersama dengannya rintikan halus yang semakin lama makin melebat..seolah-olah rintihan rajuk yang berpanjangan..tapi itu semua ketentuan dari yang MAHA MENGUASAI seisi alam semesta..dan Sang Mentari turut bermuram durja simpati melihat rintikan kehibaan Sang Bayu,maka tersoroklah wajah Sang Mentari dibalik pokok hari..
   akhirnya daratan tenggara digenangi jutaan titisan kesayuan yang berpanjangan..unggas-unggas riuh berkicauan semacam turut simpati...namun ada yang berpesta ria dengan ketiba'nya setelah bukit-bukau yang kering kontang kegersangan dilimpahi rahmat dari yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENGAMPUN..terlukis kesyukuran yang teramat dimata unggas yang bersiulan memuji kebesaran-NYA..lalu Sang Mentari turut tersenyum menampakkan sinarnya dan berlalunya Sang Bayu pergi meninggalkan semusim yang lalu...dan sekembalinya nanti dengan wangian semerbak harum di musim bunga.....

P/S:bersambung....(^_^)

Asal Nama ELEKTRIK



Yuhu... ↓

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.


"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang