welcome 2 my club!!!!!!!

Saturday, September 24, 2011

..sesungguhnya nalam itu makin gelap dan labuhnya tirai masa telah pun usai. Apa yang aku cakap nih , membebel tak tentu pasal kat blog orang nih. Yalah , tuan rumah dah lama sangat tak update jadi aku pun menggatallah menvolunterekan diri untuk mengupdatekannya..hahaha(lesen ada maa..)

  Betapa boringnya, beberapa bulan ini dengan isu politik yang ntah apa-apa, aku cuba jugak nak ignore tapi memang tak dapat , bila jumpa member mesti yang akan kuar benda yang sama politik, ya its important but ..its very confusing at the moment ..yalahkan dah nak dekat nak mengundi memanglah sesuatu yang wajib untuk perkara ini berlaku.

ora

Tuesday, July 19, 2011

musim berduri..

 salam semua..amboihh,serabut betul kepala koi sekarang nie...teringin nak update blog,tapi..idea tu payah nak muncul bila kita sibuk dengan urusan duniawi ni(ceh berfalsafah pulok koi)tapi yang pentingnya sekarang nie musim durian..bunyi cik tupai sungguh meriah..geram gek rasanya..tapi nak buat camne,kira sedekah jerla..nie ade sikit gambar koi ngan durian.just for info,sebenarnya koi tak minat sangat makan durian,kalau tempoyak takpe..lebih-lebih lagi gulai patin asam tempoyak..perghh...nyam-nyam..hehheee

Friday, June 17, 2011

bedil buluh..

  cerita pasal kegunaan buluh dalam permainan budak-budak kampung ketika dahulu..seingat koi lah,bedil yang menggunakan buah cenerai sebagai pelurunya.buluhyang digunakan itu mestilah tebal dan lubangnya kecil supaya buah cenerai yang digunakan itu muat-muat apabila di isikan..tapi yang paling tak dapat dilupakan masa koi kecil dulu ialah ketika waktu balik dari berperang bedil(istilah budak-budak kampung),baju mesti comot disebabkan oleh getah buah cenerai.bila sampai saja dirumah mesti kena bebel di arwah bonda..tapi bila di kenang balik,degil gek koi masa kecil dulu..sekarang ni je jadi baik nye(yer ke?)hehehe:p

Sunday, June 12, 2011

tarian piring dan piring terbang..

  hari ni koi cerita yang berkaitan ngan piring..ade sorang hamba Allah perempuan ni,beliau seorang yang suka melatah..beliau baru lagi mendirikan rumah tangga lebih kurang setengah tahun pada waktu dan ketika itu..beliau suka mengikuti kelas tarian tradisional..pada ketika itu beliau mengikuti kos tarian piring..bagi memantapkan tahap pembelajarannya,beliau selalu berlatih dirumah..nak dijadikan cerita..pada suatu petang.sedang beliau sedang asyik berlatih tarian,tiba-tiba....(korang rasa ape?)......pinggang beliau dicuit oleh suaminya,apa lagi..puasla sisuami menangkis piring yang berterbangan..hajat nak tengok tarian piring bertukar jadi pertujukan piring terbang,,haii...dunia-dunia...macam-macam ada....

Wednesday, June 8, 2011

wind of change


I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world closing in
Did you ever think
That we could be so close,like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Chorus:
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever

I fallow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

The wind of change blows straight
Into the face of time
Like a stormwind that will ring
The freedom bell for peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Monday, June 6, 2011

joran nan sebatang..

  cerita bab joran salak memang semua orang tau,dari situla bermulanya tradisi memancing..dulu masa kecik,selalunya bila hendak membuat joran salak..mulut mesti penuh dengan buah salak..perghhh memang manis.batang salak yang dipilih mestila yang lurus dan panjang supaya senang nak hulur kat celah-celah mensiang.barula boleh mengail puyu...ermm..korang tau tak pasal buah lemba??kalau nak tau tunggu sambungan di episod akan datang..hiihihihi

Wednesday, June 1, 2011

pembakar perasaan..

 salam...koi nak cerita sikit tentang apa yang terlintas bila koi terdengar lagu pembakar perasaan nyanyian kumpulan search..rupa-rupanya ianya tentang wanita yang suka membebel dan perasaan lelaki yang tersiksa telinga...kepada kaum wanita tu,slow sikit kalau nak bergosip:P

Monday, May 30, 2011

kalau hati da berkenan..

  koi tersenyum bila mengenang adik koi yang sedang serabut dalam percintaan monyet beliau..bukan ape sebab masa sekolah dulu koi tak de awek..sebab ape?kawan-kawan perempuan koi tahu yang koi ni rimas dengan komitmen,maka koi banyak habiskan masa dengan kerja-kerja yang kurang berfaedah..tapi budak zaman sekarang dah lain..baru bercinta dah macam bertunang lagaknya...

Friday, May 27, 2011

yea..yea..

  baru-baru ni koi pergila memgodek bersama adik ipar koi di paya berdekatan dengan sebuah sekolah agama.trip ari tu memang puas hati walaupun masa amat mencemburui kami.manakan tidak,pergi pukul lima pukul tujuh dah kena balik.tapi yang paling penting koi berjaya mengoda pengasuh haruan...bersambung di trip kedua..hehehehe

Wednesday, May 25, 2011

bee hun goreng...

selalunya kita tau makan jer bee hun goreng..tapi pernah tak kita fikir camne cara pembuatan bee hun yang sebenar?bukan isu halal tapi jerih penat usahawan kecil-kecilan.berbaloi ke?mungkin..tapi kita support diorang tak?banyak anak-anak malaysia sudah biasa dengan produk-produk import..jadi kitala sepatutnya yang mengajar diorang membeli barangan tempatan,bukan tau makan jer...

Monday, May 23, 2011

antara beruang dan berwang..

  semua orang tau..beruang adalah haiwan omnivor..makanan favourite nya adalah ikan dan suka minum madu lebah..satu orang kurang tau yang beruang suka makan buah blueberry..ermm..sedap ea..tapi orang yang berwang zaman sekarang berlagak bila memakai hanndphone blackberry..fikir-fikirkanla..

Saturday, May 21, 2011

mengelamun...

   salam satu malaysia..bila urusan kerja bertambah banyak,nak menulis entry baru pun jadi malas..bukan apa,cuma idea untuk cerita baru takde..harap korang boleh sumbangkan sedikit idea untuk entry saya yang akan datang dalam versi cerita sang bayu volume 3...tak mahu da cerita sedih-sedih..nanti takut ada yang menangis..kita kena gak ceria-ceriakan hidup kita..betul tak??ini sayaq selitkan gambar anak saudara saya yang terbaru..namanya nurbalqis umairah..

Tuesday, May 17, 2011

bila tengah layan blues..

  hari-hari koi masak sendiri,bila plok koi nak rasa orang tolong masakkan koi..bila agaknye tu..nak kata tua tak kot..tapi bila tengok wajah baru anak saudara nurbalqis umairah..sejuk hati nie..termenung sambil layan lagu nie(",)

BLUE STAHLI!!YEAH!!

[GANTI SEKEJAP]

..masa memula aku kenal dengan muzik metal ,aku jatuh cinta lah dengan beberapa band luar negeri cam Korn, Slipknot dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Aku suka dengan Korn dengan genre Industrialist Metal Diorang tuh..so sampailah dengan koleksi kaset(zaman kaset dulu2) yang ori pun aku beli, siap kalu pergi bukit bintang tuh cari yang imported punya , belinya tidak..mahal woo..tapi paling feymes and still feymes kat Pertama(eh yerker?lama sangat dah tak pergi KL luper plak kat mana..tapi kat bukit bintang tuh-kat belah belakang tuh memang best..macam2 koleksi muzik dia ada..ini citer basi jer nih..oklah niha ader satu kumpulan aku jumpa dlm Youtube yang sama genre-nya NU-METAL..tapi yang nih buat instrumental..gempak jugak trylah..mana yang punya taste yang sama lah..(beselah -dah menjadi koleksi lagu dlm lappy aku)

Saturday, May 14, 2011

kari sardin bersama roti bakar..

  ermmm...lme da koi xmasak sardin dalam tin.disebabkan faktor ekonomi,jadi koi pun belilah se tin sardin..amboi yarkk..mahal gek..se tin besar jer da RM5.80..serbuk kari mestila adabi..resepi ayahanda koi tu..tapi cili padi gek yang jadi faktor utama..dan hidangkan bersama roti bakar dan telur separuh masak...perghhh kalau lady gaga nyanyi pun koi da tak hiraukan..memang terbaik....so koi nak gi makan dulu yarkk..jemput-jemput semua..

Friday, May 13, 2011

terbakar hati

{ganti sekejap}

  ..takdelah terbakar bukan nak marah tapi terbakar kerana jeles tengok orang ada motor besar. Sebenar suka bonar ngan moto bosar ni..tambah lai moto cam heleydevidson  tuh ..chopperlah dikabau dek onghang(err salah longhat pulak)..kepom-kepom-kepom bunyinyer..fuh idaman kalbu.

   Yang wa jeles tuh bukan apa bro(macam ader depan pulak) ni ha ,kat kampung aku , pakcik tuu...ada motor besar, chopper jenama Vulcan..bilal lagi tuu. takderlah aku jeles sangatkan cuma ...memang aku jeleslah. Rock jugak bilal  kg aku nih, tapi dia baik , walaupun dia banyak duit-yalah boleh beli motor besarlah katakan(ada kebun sawit sendiri) dia banyak berderma kat masjid-pernah satu kali tu aku dengar dia, sedekah seluruh hasil kebun sawit dia kat masjid. Fuhh tak ramai yang bleh buat cam dia ..aku pun sampai terketar jugak tangan bila nak kasi not hijau (5 hinggit je-tu pun amat jarang sekali berlaku) taruk dalam tabung masjid. So aku tabik laa..tang motor aku tuh...ishh[ sebut dalam pelat india] dada ada sikit sakit.

ni gambar bas yg terbakar kat sungai besi yg dipinjam
dari http://duniaitu.blogspot.com/2010/12/bas-terbakar-di-lebuh-raya.html
 Citer bab terbakar baru-baru nih ada bas terbakar kat sini ,iya dekat dengan kg aku, Jalan Maran, Temerloh.. macam kene serangan pengganas jer suasananya. Tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Dah habis.

Soalan:
  -berapa ramai dari kita-kita nih(termasuk aku) yang masih malu nak berbuat baik seperti tolong orang buta lintas jalan atau beri kerusi untuk makcik dalam LRT/bas?

Wednesday, May 4, 2011

mimpi....antara kepercayaan dan realiti..

  koi nak cerita sikit tentang mimpi nie.masa koi kecil dulu,kakak sepupu koi pernah kabo,kalau hari tengah angin nak ribut..ternampak pula ade daun sehelai nak jatuh.kalau daun itu sempat kita sambut sebelum jatuh ke tanah,dan letakkan daun tu dibawah bantal sebelum masuk tidur malam..insyaALLAH kita dapat mimpi yang indah.tapi dengan syarat,kita mestila baca doa dan minta mimpi yang indah dan jgn mintak mimpi buruk..nanti ngigau plok..                                                                                                                                          p/s:kalau malam kita jalan jauh.basuh dulu kaki sebelum tido..nak tau sebab ape???sebab kaki tu da busuk pengap di stokin..kuikuiku:P

Wednesday, April 27, 2011

teknik casting di paya...

   ramai pemancing tegar di luar sana yang hak mengaku terbaik.bahkan.ade hak cerita luar biasa sampai dah xde ikan yang tak pernah dia dapat..ini koi nak ajar aokmer sikit pasal casting haruan atau lebih dikenali dalam bahasa kampungnya mengodek.sebelum itu ingin di terangkan nama-nama peringkat tumbesaran haruan mengikut bahasa atau loghat daerah..yang paling kecil atau baru nak hidupla..di paggil bloting..besar ibu jari sudah dipanggil berecat...besar tiga jari ke atas..barula di panggil haruan...teknik ngodek yang sebenar,tidak menggunakan mesin pancing,tetapi buluh yang panjang digunakan dan tenaga fizikal yang luar biasa...maksudnya,fizikal,mental,usaha dan kesabaran yang tinggi itulah kunci kejayaan tuk mengodek haruan.tapi jgn salah pakai umpan.tak dapat haruan jadi haru-biru plok..gonerkan yarkk..menggulai haruan la kite plok yarkk.

Tuesday, April 26, 2011

pelbagai guna...

   sebut pasal kepelbagaian ni,macam-macam boley kite fikirkan..contohnya kelapa..banyak kegunaannya..pastu apa lagi??ermm..pisang..tapi pisang ni canggih ckit..kalau kita ambik jantung pun ianya masih lagi giat membesarkan buah pisang yang tinggal..tapi bila buahnya di ambil..pokoknya mesti di tebang..daunnya dibuat bungkus nasi lamak,lemang,lepat.dan pelbagai lg..batangnya..kalau dulu selalu di gunakan oleh tuk mudim tuk sebagai sebahagian rutin tuk mengkhatan budak lelaki..tapi ada satu resepi di perak..tengah-tengahnya/macam umbutla lebih kurang,dimasak gulai kawah..kroittt-kroittt...aduii..perut da berbunyi..makan dulu ya semua..

Monday, April 25, 2011

hang nadim....

  cerita rakyat pasal hang nadim memang populor dikalangan rakyat malaysia dan singapura suatu ketika dahulu..manakan tidak,seorang budak kecil yang bijak berjaya menyelamatkan singapura daripada dilanggar todak.todak??..nama lainnya adalah marlin...sekarang ni todak dikatogerikan sebagai haiwan yang hampir pupus..salah siapa?hang nadim tidak wujud lagi zaman sekarang,tok mudim adalah...maka,kitalah yang bertanggujawab memulihkan ekosistem agar flora dan fauna disekeliling kita tidak terganggu...tapi nak tanya sikit boley?last cerita tu..hang nadim khawin tak ngan tuan puteri tu???suatu soalan bonus...(^_^)

Wednesday, April 20, 2011

Tinie Tempah dan Skylar Grey

..haha ..kelakar betul aku, Tinie Tempah pun aku tak tahu. Actually tadi semasa sedang aku cuba men'update'kan diri dengan muzik terbaru yakni ter'latest', hip, top dan nombor satu aku terpandang pada satu nama Tinie Tempah dalam Channel Vevo Youtube, nama yang kerap dah aku tengok sebelum nie, dan biasalah..tak aku pedulikan sangat. Aku ingatkan iklan -dalam Channel Vevo disekiling klip video ,background dier ada iklan/poster/ imej menunjukkan artis yang terdapat dalam Vevo- sebab aku ingatkan iklan sebab TINIE satu nama orang yang aku kenal dan rapat dan TEMPAH perkataan biasa dalam bahasa melayu kita , jadi anggapan ini adalah satu iklan menawarkan satu perkhidmatan tempahan..haha yes seriously ..itu yang aku pikir. Tak pelik tapi itulah menunjukkan beberapa flaw di dalam cara otak kita berfikir dan berfungsi..

*Aku tak tahupun yang nih lagu Tinie tempah dan biasalah sekarang dah menjadi koleksi muat turun haram aku(^_^)



Okeh ...Skylar Grey ? kenapa dengan dia?
Bagi aku dia mempunyai vokal yang a..eh cam pro pulak, suara dier memang best, angel-like,tetapi aku lebih sukakan Holly Brook..siapa dia? mungkin ade yang tahu ..bg yang belum dia adalah Skylar Grey..yep orang sama. Dan maksud adalah muzik yang di bawa keduanya ..sebelum perlu aku nyatakan bahawa aku tiada perjudis dengan Hip Hop ,genre yang di bawa oleh Skylar Grey. Muzik Holly Brook mempunyai subtances dan soul di dalamnya... reality check 'apa yang kita suka dan buat belum tentu mereka-mereka yang lain suka'. Gabungan melodi dan liriknya 'lembut-saja' dan perghh...korang tengok ajerlah video kat bawah nie

Tuesday, April 12, 2011

cantoizzz...

  cerita pasal jajan...atau makanan ringan..ape jajan kegemaran anda???ramai yg sukerkan super ring!!!!tapi ramai yang kurang berminat ngan chikie dies..right...tapi ble sebut cheese...semua orang tersenyum..hinggakan keluar cerita hang tu mak limah..hihhihihihihih

Monday, April 11, 2011

`duit duit di mana kau duit'

..salam pagi isnin buat sume rodong-rodong sekalian, sebagaimana yang dijanjikan hari nih aku akan bercerita pulak pasal satu lagi pengalaman mistik. Sebenarnya aku nih lebih suka perkara yang ada penjelasan dan bukti seperti sains, bukan tak percaya benda ghaib tetapi biarlah sekurangnya ada alasan dan keterangan kenapa ia berlaku dan sedikit kalau mungkin bagaimana ia berlaku.

Tarik duit nih dulu adalah satu fenomena dan masih ada followernya yang tersendiri. Ada pelbagai cerita mengenainya. Ada yang cerita duit yang tarik tuh dari kekayaan Sukarno, Presiden Idndonesia yang pertama,satu ada yang cerita sebenarnya ada 7trilion duit ghaib yang tersedia untuk di ambil untuk orang berkelayakan dan yang macam-macam lagilah cerita yang sewaktu dengannya.

Ada satu abg, Ajay(bukan nama sebenar) dia menceritakan pada aku yang kawan dia baru-baru nie tarik duit dan dapat dalam jumlah yang banyak ratusan ribu katanya.

"abang nampak sendiri ker?" aku tanya
"tak...tengok dalam gambar"
"gambar betul ker bang?"
"betul...duit tuh susun atas katil"

Aku senyum jer, oh ya..ader pelbagai pantang yang kita kene jaga masa tarik duit nih..ade tuh takleh ada rasa tamaklah ..kene ikhlas, duit kene ikhlas? susah tuh..dikatakan bila kita langgar pantang tuh otomatik duit jadi kertas ..ada yang cakap jadi tuh daun.

..okeh citer aku pulak. Tok bomoh nih dia cakap awal-awal; apa yang dia buat ni bukan yang seperti orang cerita , duit beribu-ribu tapi hanya cukup untuk keperluan si yang meminta nak gunakan pada masa itu. Member aku paham dan aku hanya angguk ajer. Kami hanya bertiga sahaja masa itu. Tok Bomoh mintak semangkuk beras, katanya melambangkan rezeki..bla bla bla(aku lupelah)
Mula-mula hanya pasang lilin pastuh dia suruh padamkan.(apahal diorang nih dengan 'gelap' hah? mushkil mushkil..) Dia hanya dia dan pejam ..haa yang nih memang lain sebab dia tak jampi serapah. oh...lupa plak beras tadi di tutup dengan kain hitam. Tok Bomoh pegan mangkuk kat bawah kain hitam tuh. Tak lama pastuh tetiba jer mangkuk tuh bergoncang...pada mata aku nampak macam Tok Bomoh tuh yang goncangkan ..goncang tuh kuat sangat tumpah beras.
Aku kemudian di suruhnya meraba ke dalam mangkuk tuh. Tak ada ape-ape kecuali beras sahaja.
Tok Bomoh cakap belum lagi. Pastuh mangkuk bergoncang lagi kali nih selain dari beras yang tumpah , aku nampak kain menaik dan macam ada kertas di dalam mangkuk tuh berlaga dengan beras yang ada kat dalam dia. Tpk Bomoh suruh aku raba..Ada ! Memang ada kali nih, macam duit, rasa dia..aku happy..member aku lagi lah hepi nyer..ha ha ha duit bro..Tok Bomoh tunjuk isyarat rilek dan dia suruh aku tarik satu-satu dari dalam mangkuk tuh.
Satu-satu aku tarik..fuh ..not sepuluh ringgit, not lima ringgit not seringgit pun ader..'excited'nya bukan kepalang.
"pastikan tak der yang cacat , kalau tidak kita kena pulangkan semula" pesan Tok Bomoh.
Dalam aku sibuk menarik tuh ..tetibe aku rasa macam pelik sangat , macam ada benda yang tak kene "yang nih macam tak jadi jer , tok"
Tok Bomoh pandang ajer aku , dia suruh ambik dulu. Member aku sebelah kenen aku lain jer. Lepas tuh yang banyak tadi tinggal dua tiga keping jer. Aku raba lagi dalam mangkuk tuh ..habis dah..Lampu pun pasang sebab nak tengok dan kira berapa banyak yang dapat.
RM72 sahaja. Pergh rasa mcam banyak saja. Member aku tegur lain jangan cakap macam tuh kalau buat benda-benda macam nih. Lah mana aku tahu tak boleh cakap..yang Tok Bomoh tuh cakap tadi buat apa, cakaplah kalau ada diamkan dulu. Macam-macam.

Anilisis aku..
benda tak mustahil berlaku atas alasan perkara ghaib.
TETAPI:
1)Kenapa mesti upacara itu dalam gelap?
2) Serius aku mcam nampak yang Tok Bomoh goncangkan mangkuk tuh,dia cakap "dah datang dah
..dah datang dah?
3)Tutup dengan kain hitam? hermm
4) duit tuh terperenyuk macam-macam kita letak dalam kocek pastuh bawak tido.

Aku tak cakap Dia tipu ..tapi lebih kepada aku anggap dia pandai buat trick magic tuh ajer..yang pasti selepas pada aku tak pernah lagi di bawak ke mana-mana upacara mistik , aku banyak sangat persoalan...banyak sangat komen, jadi tak elok ..ada member yang salahkan aku biler tak dapat apa yang sepatut diorang dapat.

..hermm...sebenar ada dua tiga lagi pengalaman mistik aku ada. Tapi..kita cerita lain lah pulak..nanti aku citerkan tentang sains pulak atau yang lain. Okeh ...rodong-rodong ..wa chalow dulu..ADIOSS AMIGOS...!!!

P.H. 2011

Friday, April 8, 2011

ngangkung!!!

..semelekom, apo kabor sume, yep..ini bukan bayu timur, cume mengisi kekosongan bayu timur mase dier tokleh nok update dan juge ataih jemputan rasmi dari dier jugok..so rodong-rodong salam kenal sume. Aku nie kire macam 'ghost writer' lah(alah macam dalam filem omputih yang tengoh main kat panggung tuh) dalam kata lain penulis hantu. Setelah ngadap blog nie lelamer -analisa sedikit sebanyak ,mencari idea nak tulih ape...ermm bila dak ngadap nie, payoh pulok nok menulis nyer ingatkan senang jer.

Tapi untuk permulaan meh sinih aku citerkan satu cerita benor(hampir). Hari itu aku pergi mengikut member pergi ke satu upacara mistik-macam dalam filem NGANGKUNG tuh. Member yang ngajok, memujer hantu katernyer, dier nih kaki Nombor ekor(aku bukan) , sebab katenyer 'best' maka aku terimalah pelawaannya(aku sajer nok tengok goner benda upacaranya, nok merasai sendiri pengalamannyer macam mana) Pergh...banyok betul peralatan-nyer..gabra-nyer takyoh citerlah , biler pulok disuruh jadi pembantu kepada tok bomohnyer. Tapi buat steady-jer-lah cover line (beselahkan). Lilin, setanggi, kemenyan, mangkuk putih , kue kukus(tak hingat dah apa namanya)dan beberapa lagi barang.

Memulanya aku disuruh lipat kertas buat bekas nok isi barang yang ada. Ala lipat kertas jadi macam kotok* (macam yang buat masa2 sekoloh rendoh ari tuhlah) tapinyer aku maner nak ingat(gabra gamoknye). Kenelah maroh dek tok bomoh. Kemudian biler dah siap sumernyer kami-orang pun berangkat ketempat yang di katakan sesuai untuk panggil hantu -beselah ..mana lagi kalau bukan bawah pokok besar(pokok mende aku tak tahu)

Dah siap bentang tikor* sume(siap bawok Fumakilla tuh..memang mistik ..-oh ya henfun kene off ya ..)aku di suruh duduk sebeloh kanan tok bomoh-nyer, aku kene pasang setanggi, lilin tak leh pasang lagi. "nanti jangan sampai putus bakornyer.." suruh tok bomohnyer. Aku masih gabra maka terkebil-kebil tak paham. "bakor apenyer?" Member kat tepuk bahu aku, nunjukkan benda yang nok di bakor...hooo cakap bakor duit..ala duit cina mati tuh..warner kuning..macam dalam filem hantu cina pulok. Maksud dier jangan di bagi padam sebelum siap upacaranya.

Maka bermulerlah tok bomoh membaca serapahnyer...ermm bunyinyer macam bahasa jawer. Adalah nama-nama jembalang itu ..ini yang disebutnyer. Aku yang kat sebeloh dier nih sebuk membakor 'duit-cina-mati', gabra pun bertamboh-tambohlah. kejap-kejap mandang* kiri, mandang kanan Walaupun tadi tok bomoh, dier dah buat buatkan pelindung kawasan(dier cacokkan seruas buluh dan belah limau nipis pastu pacokkan pulok atas buluh tuh-buluh tuh ader berikat tali hitam.)"jangan risau sumer akan selamat, asalkan kamu-orang tak keluar dari kawasan nih"kata dier.

Aku pun nunggulah ngan risaunyer sambil tak berenti-renti membakor di sebeloh. Dengan panasnyer ,dengan nyamuk, dengan miang lalang..huuu macam-macam ader. Tok bomoh tuh punyerlah kuat serapahnyer rasanya jauh jugaklah boleh di dengor orang( Sebenornya kitorang nih buat kat blakang umoh member nih.) Sedang..tok bomoh membace serapah dier tuh, member aku bisik dari belakang "psst..tok buleh 'slow' sikit tok ..orang nok tidur" aku yang nervous dan bercampor gabra nih terus rase nok gelak, hileng sumer nerves ngan gabra. Tapi aku tahan. Tok bomoh buat tak peduli jer dan sampailah selesai sumernyer.

..hah, okehlah sampai kat situ jerlah citernyer...yang pasti aku tak mahu dah pergi. Aku bukan kaki judi pun. Buat apa nyusohkan diri pergi meredoh semok* ,gigit dek nyamuk dan kene tahan kencing lagi.."tak kose*kan" kata oghang Pahang.

Nanti kita bercerita tentang tarik duit pulok,oke..(^_^)



*kotok= kotak
*mandang= melihat/memandang
*semok= semak
*kose= kuasa
*tikor=tikar


ps: sebarang bentuk pemujaan adalah salah di sisi agama Islam-hukumnya syirik
judi adalah haram di sisi agama.

P.H. 2011

Sunday, April 3, 2011

suatu petang yang damai...

    arrggghhh...lemah badan rasanye kalau lme ngat tido..ingat nak mancing pun xenjadi.gonerkan....tido dari pas zohor sampai ke pukul 5.30pm..aduss...koi ingat koi kena pergi berjogging gek sekali sekala..kat mana anda semua nak tau???semestinya dekat taman kubang gajah...kenapa???hehhehehee..sebab awek kat sane ramai...kuikuikui..okla semua..nanti koi sambung lagi membebel..

Monday, March 28, 2011

mengulai yarkk...

   baru-baru ni ada la koi balik umah tok wan kat belah bera...jadi perbualan hari tu lebih tertumpu pada masakan tradisi mengunakan santan sebagai bahan utama..ataupun disebut gek sebagai menggulai..sebut saja gulai nenas,ikan masin masak cili padi...adusss memang terbaikla..tapi tok wan koi beritau,gulai nenas sebenarnya dimasak dengan burung puyuh liar...sebab ape nak tau?sebab kalau kita makan nenas rasa puyuh..da jika kita makan puyuh,kemanisan puyuh tu terasa..dan satu lagi tentang macamne cara nak masak haruan...kerana asam keping xpayah dibubuh banyak,tetapi rebung adalah pilihan terbaik tuk dimasak dengan ikan haruan tadi dan semestinya cili padi kena kasi lebih...baru umphhhh..dan aku bersependapat dengan tok wan yang sambal perut lagi enak jika asam keping diganti dengan buah terung bulu kecil..ermmm..terliur plok koi nie..okla..koi nak g makanla plok..hehehee

Thursday, March 10, 2011

sambal jering..yummy yummy.....

                                 Hari ini koi tak jadi nak pergi jemaah di masjid kerana cuaca disini agak buruk...ermm..nak dijadikan cerita,tiba-tiba.......kroot...krooot..perut koi berbunyi..alamak laporla pulok..koi pun tanyela adik koi yang no.5                                                                                                                                                                                             koi:kakteh!!!!.....                                                                                                                                                kakteh:ya.....                                                                                                                                                   Tapi tangan adik koi ter masih lagi laju menaip keyboard kerana terlalu asyik bermain dilaman sesawang muka buku..adutyaiii parahla koi gini..                                                                                                                            koi:aok masak tak ari???                                                                                                                                    kakteh:tak..koi tak makan da kalau malm-malam camnie..aok kan pandai masak,masak sendirila abe ngah..     pedih ulu hati koi mendengarnya..amboii..masak la gayanya koi ari nie...                                                                     Dengan tidak membuang masa lagi gua pun terus membuka pintu peti ais...heheehee..nak tau koi masak apa???apalagi sambal jering,sup sayur dan hati dan mempedal masak asam melaka...amacam???memang bestkan...nak rasa????alamak..da habis dah...kuikuikuikui.... 

    Thursday, March 3, 2011

    musim memerun weii..

        satu petang selepas bergaduh ngan seorang cik puan..koi termenung seorang di pondok salak..ermm..kebun yang semak dah ditebas..salak pun da berbunga..mana la pergi anak buah koi nie..fikiran koi terus melayang..sekilo salak 8 ringgit..ermm...kalau 100 kilo...amboiiihhhh banyaknye..koi terus hanyut lagi..kalau satu tan????tiba-tiba terasa tempias air hujan di telinga koi...bila mata koi terbuka..suasana sudah berubah...warna langit sedang pekat jingga..dan terdengar suara ayahanda bertempik..abe ngah..asar dah ker???kabo tadi memerun..rupanya mereluh...haiii buat taik mata jer...geleng kepala ayahanda koi memerhati dari jauh..lewat lagi koi asar petang tu..aduuuiiiyyaaaii..  

    Tuesday, February 1, 2011

    Cerita Sang bayu...(vol.2)

       Ketibaanya kali ini tiada jemputan..dan bersama dengannya rintikan halus yang semakin lama makin melebat..seolah-olah rintihan rajuk yang berpanjangan..tapi itu semua ketentuan dari yang MAHA MENGUASAI seisi alam semesta..dan Sang Mentari turut bermuram durja simpati melihat rintikan kehibaan Sang Bayu,maka tersoroklah wajah Sang Mentari dibalik pokok hari..
       akhirnya daratan tenggara digenangi jutaan titisan kesayuan yang berpanjangan..unggas-unggas riuh berkicauan semacam turut simpati...namun ada yang berpesta ria dengan ketiba'nya setelah bukit-bukau yang kering kontang kegersangan dilimpahi rahmat dari yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENGAMPUN..terlukis kesyukuran yang teramat dimata unggas yang bersiulan memuji kebesaran-NYA..lalu Sang Mentari turut tersenyum menampakkan sinarnya dan berlalunya Sang Bayu pergi meninggalkan semusim yang lalu...dan sekembalinya nanti dengan wangian semerbak harum di musim bunga.....

    P/S:bersambung....(^_^)

    Asal Nama ELEKTRIK



    Yuhu... ↓

    Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

    Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.


    "Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

    Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

    Friday, January 28, 2011

    Sejarah Nama Negeri Pa hang



    Al kisah...

    Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

    “Hamba cadangkan nama Karma Sari.
    ”“Hamba pula cadangkan Margapura.
    ”“Karma Sari lebih molek.
    ”“Molek lagi Margapura.
    ”“Pilihlah Karma Sari!
    ”“Margapura!
    ”“Karma Sari!
    ”“Margapura!
    ”“Karma Sari molek!
    ”“Molek lagi Margapura!
    ”“Tengkorak hang!
    ”“Opah hang!
    ”“Opah hang!”

    “Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

    Cerita Adalah rekaan semata-mata..



    :P

    Monday, January 17, 2011

    sambal kulat sisir.....

      Kulat sisir ialah sejenis cendawan yang selalu dijumpai pada batang pokok yang sudah tumbang contohnya pokok getah.tapi koi bukan nak cerita pasal cendawan atau resepi mengenainya..cuma ade cerita disebalik itu. ayahanda koi mempunyai hobi mencari herba dikala beliau bercuti.sambil beliau mencari herba-herba itu beliau juga mengutip cendawan sisir yang ada pada pokok-pokok tumbang tuk dimasak. jadi lunch kome hari tu ialah cendawan sisir masak sambal.bahan lain yang dimasuk dalam resepi tu ialah santan kerana ingin membuatkan sambal itu lebih pekat dan baru ade ummmppphhh....

    Nak dijadikan cerita mase nak masak tu cili bahan penting telah kehabisan, jadi ayah koi pun pergi ke kedai tuk membeli cili sebanyak dua ringgit.jadi adik perempuan koi ditugaskan sebagai cheff..bila bekalan cili sudah sampai, tanpa membuangkan masa adik koi terus mengisarnya.ayahanda hanya duduk diruang tamu sambil membelek akhbar.

    Sebaik sahaja sambal dihidangkan,koi terus jer mengisi sambal dengan banyak disamping lauk ikan pelalin goreng yang rangup...wauu mebuka selera...tiba-tiba....koi terasa lain macam...muka koi bertukar menjadi merah..bibir bertambah bengkak mengalahkan angelina jolie...telinga terasa bangaikan keluar asap..koi terus bergegas ke sinki,membasuh mulut...rupanyanya adik koi memasukkan semua cili yang ayah koi beli...adussss...mengalir airmata koi menahan pedas....adutyaaaiiii kebas lidah koi...huk huk huk..

    Thursday, January 13, 2011

    Redup....

      hari ini mula blik kerja selepas bercuti selam a seminggu...adusss berat badan bila nak start blik keje...bukan ape..nak cari step tu blik..tapi koi mantain coolz...hari ni pun kerja jadi tak rase penat sangat sebab cuaca agak redup...maklumla di temerloh ni masih lagi hujan..lagi satu koi nak cerita,kawan koi yang jadi usahawan tani sekarang ni da mula menuai hasil.ternakan sangkar beliau mula membuahkan hasil..hingga membuatkan beliau mampu tersenyum sampai ke telinga...ehemm...ehemmm...hai rodong kite tu nanti insyaALLAH mampu membeli speedbot(^_^)...

    sakit....

       hari ini cuaca agak suram,maklumla penghujung musim tengkujuh.dan tengahari tadi koi melawat saudara yang baru di masukkan ke wad akibat kanser thyroid peringkat 5.beliau terpaksa di beri bantuan topeng oksigen kerana kandungan air didalam badannyer melebihi had yang sepatutnya ada.koi keliru jugek bila dengar ulasan doktor.dan satu lagi,beliau terpaksa dimasukkn iodin,kerana ujar doktor rupawan itu paru-paru nyer telah di jangkiti kuman dan terpaksa dicuci dengan iodin..adussss...pening gek koi mendengarnye..janji die dirawat dengan rapi pun da cukup..insyaALLAH beliau akan selamat...

    Monday, January 10, 2011

    REHAT

      lama sangat rasenye koi berehat ni..bila time koi nak tulis jer..terasa mata plok yang berat sangat..maklumla kat temerloh sekarang pun musim hujan..tapi mintak-mintak bukanla sampai banjir.bukan ape kalau banjir banyak keje yang perlu kena buat.bukan time mse mula banjir jer,tapi lepas banjir lagila banyaknyer..lagipun rumah nenda koi tepi sungai.dahla dia tinggal sorang,kalau banjir nanti saper la yg tolong dia.jiran tetangga pun dah tua macam dia.ermmm...lame dah koi tak balik ke rumah nenda,rindu rasenyer..

    Thursday, January 6, 2011

    erkkk???

        pagi ni koi bangun dengan penuh bernafsu sekali,manakan tidak ayahanda mengoreng ikan mesin tuk dimakan bersama nasi goreng cina.memang kebiasaanye pagi-pagi adik koi yang masak,tapi pagi tu ayahanda koi rajin pula memasak.maklumla sejak arwah ibu meninggalkan kami hampir lima tahun,ayah koi semakin rajin memasak.ermmm..ade ape-ape ker ni?getus hatiku..mungkin petanda ayah koi akan khawin lagi kot.hisshh..tak mungkin...sebab ayah koi da tak mengeteh dah kat kedai janda tu..fikiran ku menerawang jauh..tiba-tiba aku dikejutkan...angah!!!!bangun.....subuh gajah da nie..jerit ayahku melihatku yang kembali terbaring di ruang tamu...erkkk...aku terlihat jam menunjukkan sudah pukul 7.30...adusss...lambat lagi aku pergi kerja hari nie...


    p/s:subuh gajah tu maksudnya subuh yang dilakukan lewat...tak baik melewat-lewatkan solat tau!!

    Wednesday, January 5, 2011

    paginyer.....

         aduss..hari ni bangun pagi-pagi,macam nak mulakan hari baru pula.padahal koi baru cuti sehari...baru ni nak tulis entry baru,tapi tak de idea.kalau tulis merapu-rapu nanti,bukan diri koi yang sebenarnyer..dah goner??hari ni pun nak tulis gek sebab jari tangan da nak keras sebab lame tak menaip entry baru..sekarang ni pagi koi selalu dikacau oleh bunyi bising adik koi nak pergi sekolah..adusss pening-pening,belum lagi dengan yuran persekolahan diorang yg koi rasa agak mahal berbanding zaman koi sekolah dulu..adusss...rasanyer kertas pun da naik harga kot?lagi pun sekarang ni nak buang air pun kene ada tiga posen dalam kocek.aiihhh......hidup ni bukan bertuhankan duit,tapi duit kena la ada jugek..nak g cari duit da nie..calo dulu yarkk..

    Sunday, January 2, 2011

    Dr Kronik - Hidup Hidup Di Bakar

    antara roti dan goreng pisang...

            di suatu petang,koi teringin nak makan goreng pisang.lalu koi pun sampaikan hajat tu pada ayahanda sambil menghulur sedikit pulus untuk membeli pisang di gerai fama.lama jugek koi tunggu kepulangan ayahanda disamping pisang yang dihajati.masa berlalu pergi...roti yang baru di beli semalam,masih belum terusik di dalam peti sejuk.selang satu jam kemudian,barulah bunyi motorsikal ayah koi menceriakan suasana...yea...yea...ayah koi da balik(jerit batinku)tetapi ayah koi sedikit muram...lalu koi tanyer kenapa??ayah hanya menjawab,"pisangnya ada...tapi angah..."kata-katanya tersekat di situ.koi tanya lagi"tapi aper??"..."tapi minyak tuk mengoreng pisang nnt tak de,puas ayah cari,kata diorang stok minyak dah abis.dan stok baru masih belum dihantar,jadi ayah hanya beli marjerin ni ajer.bolehla kamu sapu kannya di atas roti nanti..fuhh!!!minum dengan kopi,terangkat abiss"ujar ayahanda dengan cubaan tuk memujuk koi...dan petang itu koi makan roti sapu marjerin bersama kopi yang agak masin kerana dilimpahi air mata sayu koi..adusss...susahnya nak cari stok minyak masak...