welcome 2 my club!!!!!!!

Wednesday, May 15, 2013

sifu!!!


Salam semua..minggu ni para pelajar sibuk meraikan hari guru..bahangnyer memang terasa kat Bandar temerloh ni..mana tak nyer,malam sebelum sambutan hari guru,jalan kat area Bandar baru  sesak disebabkan para ibu bapa sibuk melayan karenah anak-anak yang bersemangat membeli hadiah sempena hari guru..koi teringat mase zaman koi sekolah dulu…koi tak pernah nak beli hadiah kat guru disebabkan factor ekonomi..tapi,rodong-rodong koi yang ‘loaded’ pun tak membeli hadiah..tapi yang syok nyer,kome bertungkus lumus membuat kad hari guru yang tercantik mengikut kreativiti masing-masing..para-para guru pulok sibuk membuat persiapan untuk hari tersebut..yang paling koi minat diorang adakan acara sukaneka untuk para guru..mase tu la kome tau yang cikgu kome tu bukan setakat pandai mengajar jer..tapi jugek aktif bersukan..kome ni jadi tukang sorak untuk memberi semangat pada diorang(para guru)…tapi zaman sekarang plok murid-murid sanggup berabis duit untuk membeli hadiah yang boleh di katakan mahal gek la untuk cikgu masing-masing..bangga koi walaupun adik koi mintak sumbangan duit untuk beli hadiah..rasenyer tak terlambat untuk koi ucapkan selamat hari guru untuk semua guru-guru di dunia ini..terima kasih atas tunjuk ajarmu yang membuat kami pandai menulis dan membaca…sayang cikgu..terutamanyer cikgu pompuan…hehehe.
Kat bawah nie ade gambar koi mase darjah satu..cuba teka mane satu gambar koi…hihihihi

Wednesday, May 8, 2013

kisah wang kertas rm1 dan rm100..

wang kertas rm1 dan rm100 diperbuat dari kertas berkualiti yang sama dan diedarkan oleh bank negara..ketika di cetak,mereka masih bersama..tetapi terpisah dibank dan beredar di masyarakat..bagaimanapun,empat bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.maka mereka pun berbual..rm100 bertanya kepada rm1,"kenapa badan kamu comot,lusuh dan berbau hamis?"rm1 menjawab,"kerana sebaik saja aku keluar dari bank,terus ketangan org bawahan.daripada buruh,penjaja,peniaga ikan dan ditangan pengemis."lalu rm1 bertanya balik kepada rm100,"kenapa kamu kelihatan begitu baru,rapi dan bersih?"...."kerana sebaik saja aku keluar dari bank,terus di sambut wanita cantik,dan beredarnya pun di restoran mahal,di kompleks membeli belah dan juga hotel berbintang serta keberadaan ku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."jawab rm100..bertanya lagi rm1,"pernahkah engkau berada ditempat ibadah?".....rm100 menjawab,"belum pernah."..rm1 berkata lagi.."ketahuilah,walaupun aku hanya rm1,tetapi aku selalu berada diseluruh tempat ibadah dan di tangan anak-anak yatim serta fakir miskin..bahkan aku selalu bersyukur kepada tuhan.aku tidak dipandang sebagai suatu nilai,tapi suatu manfaat."....lalu tunduklah ego rm100 kerana selama ini dia merasakan diri besar,hebat,tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini....                                              


MORAL CERITA INI:-
bukan betapa besar hasil pendapatan kita tapi berapa maanfaat/berkat hasil pendapatan kita diguna ke jalan yang betul,kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan