welcome 2 my club!!!!!!!

Friday, January 28, 2011

Sejarah Nama Negeri Pa hang



Al kisah...

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.
”“Hamba pula cadangkan Margapura.
”“Karma Sari lebih molek.
”“Molek lagi Margapura.
”“Pilihlah Karma Sari!
”“Margapura!
”“Karma Sari!
”“Margapura!
”“Karma Sari molek!
”“Molek lagi Margapura!
”“Tengkorak hang!
”“Opah hang!
”“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Cerita Adalah rekaan semata-mata..



:P

Monday, January 17, 2011

sambal kulat sisir.....

  Kulat sisir ialah sejenis cendawan yang selalu dijumpai pada batang pokok yang sudah tumbang contohnya pokok getah.tapi koi bukan nak cerita pasal cendawan atau resepi mengenainya..cuma ade cerita disebalik itu. ayahanda koi mempunyai hobi mencari herba dikala beliau bercuti.sambil beliau mencari herba-herba itu beliau juga mengutip cendawan sisir yang ada pada pokok-pokok tumbang tuk dimasak. jadi lunch kome hari tu ialah cendawan sisir masak sambal.bahan lain yang dimasuk dalam resepi tu ialah santan kerana ingin membuatkan sambal itu lebih pekat dan baru ade ummmppphhh....

Nak dijadikan cerita mase nak masak tu cili bahan penting telah kehabisan, jadi ayah koi pun pergi ke kedai tuk membeli cili sebanyak dua ringgit.jadi adik perempuan koi ditugaskan sebagai cheff..bila bekalan cili sudah sampai, tanpa membuangkan masa adik koi terus mengisarnya.ayahanda hanya duduk diruang tamu sambil membelek akhbar.

Sebaik sahaja sambal dihidangkan,koi terus jer mengisi sambal dengan banyak disamping lauk ikan pelalin goreng yang rangup...wauu mebuka selera...tiba-tiba....koi terasa lain macam...muka koi bertukar menjadi merah..bibir bertambah bengkak mengalahkan angelina jolie...telinga terasa bangaikan keluar asap..koi terus bergegas ke sinki,membasuh mulut...rupanyanya adik koi memasukkan semua cili yang ayah koi beli...adussss...mengalir airmata koi menahan pedas....adutyaaaiiii kebas lidah koi...huk huk huk..

Thursday, January 13, 2011

Redup....

  hari ini mula blik kerja selepas bercuti selam a seminggu...adusss berat badan bila nak start blik keje...bukan ape..nak cari step tu blik..tapi koi mantain coolz...hari ni pun kerja jadi tak rase penat sangat sebab cuaca agak redup...maklumla di temerloh ni masih lagi hujan..lagi satu koi nak cerita,kawan koi yang jadi usahawan tani sekarang ni da mula menuai hasil.ternakan sangkar beliau mula membuahkan hasil..hingga membuatkan beliau mampu tersenyum sampai ke telinga...ehemm...ehemmm...hai rodong kite tu nanti insyaALLAH mampu membeli speedbot(^_^)...

sakit....

   hari ini cuaca agak suram,maklumla penghujung musim tengkujuh.dan tengahari tadi koi melawat saudara yang baru di masukkan ke wad akibat kanser thyroid peringkat 5.beliau terpaksa di beri bantuan topeng oksigen kerana kandungan air didalam badannyer melebihi had yang sepatutnya ada.koi keliru jugek bila dengar ulasan doktor.dan satu lagi,beliau terpaksa dimasukkn iodin,kerana ujar doktor rupawan itu paru-paru nyer telah di jangkiti kuman dan terpaksa dicuci dengan iodin..adussss...pening gek koi mendengarnye..janji die dirawat dengan rapi pun da cukup..insyaALLAH beliau akan selamat...

Monday, January 10, 2011

REHAT

  lama sangat rasenye koi berehat ni..bila time koi nak tulis jer..terasa mata plok yang berat sangat..maklumla kat temerloh sekarang pun musim hujan..tapi mintak-mintak bukanla sampai banjir.bukan ape kalau banjir banyak keje yang perlu kena buat.bukan time mse mula banjir jer,tapi lepas banjir lagila banyaknyer..lagipun rumah nenda koi tepi sungai.dahla dia tinggal sorang,kalau banjir nanti saper la yg tolong dia.jiran tetangga pun dah tua macam dia.ermmm...lame dah koi tak balik ke rumah nenda,rindu rasenyer..

Thursday, January 6, 2011

erkkk???

    pagi ni koi bangun dengan penuh bernafsu sekali,manakan tidak ayahanda mengoreng ikan mesin tuk dimakan bersama nasi goreng cina.memang kebiasaanye pagi-pagi adik koi yang masak,tapi pagi tu ayahanda koi rajin pula memasak.maklumla sejak arwah ibu meninggalkan kami hampir lima tahun,ayah koi semakin rajin memasak.ermmm..ade ape-ape ker ni?getus hatiku..mungkin petanda ayah koi akan khawin lagi kot.hisshh..tak mungkin...sebab ayah koi da tak mengeteh dah kat kedai janda tu..fikiran ku menerawang jauh..tiba-tiba aku dikejutkan...angah!!!!bangun.....subuh gajah da nie..jerit ayahku melihatku yang kembali terbaring di ruang tamu...erkkk...aku terlihat jam menunjukkan sudah pukul 7.30...adusss...lambat lagi aku pergi kerja hari nie...


p/s:subuh gajah tu maksudnya subuh yang dilakukan lewat...tak baik melewat-lewatkan solat tau!!

Wednesday, January 5, 2011

paginyer.....

     aduss..hari ni bangun pagi-pagi,macam nak mulakan hari baru pula.padahal koi baru cuti sehari...baru ni nak tulis entry baru,tapi tak de idea.kalau tulis merapu-rapu nanti,bukan diri koi yang sebenarnyer..dah goner??hari ni pun nak tulis gek sebab jari tangan da nak keras sebab lame tak menaip entry baru..sekarang ni pagi koi selalu dikacau oleh bunyi bising adik koi nak pergi sekolah..adusss pening-pening,belum lagi dengan yuran persekolahan diorang yg koi rasa agak mahal berbanding zaman koi sekolah dulu..adusss...rasanyer kertas pun da naik harga kot?lagi pun sekarang ni nak buang air pun kene ada tiga posen dalam kocek.aiihhh......hidup ni bukan bertuhankan duit,tapi duit kena la ada jugek..nak g cari duit da nie..calo dulu yarkk..

Sunday, January 2, 2011

Dr Kronik - Hidup Hidup Di Bakar

antara roti dan goreng pisang...

        di suatu petang,koi teringin nak makan goreng pisang.lalu koi pun sampaikan hajat tu pada ayahanda sambil menghulur sedikit pulus untuk membeli pisang di gerai fama.lama jugek koi tunggu kepulangan ayahanda disamping pisang yang dihajati.masa berlalu pergi...roti yang baru di beli semalam,masih belum terusik di dalam peti sejuk.selang satu jam kemudian,barulah bunyi motorsikal ayah koi menceriakan suasana...yea...yea...ayah koi da balik(jerit batinku)tetapi ayah koi sedikit muram...lalu koi tanyer kenapa??ayah hanya menjawab,"pisangnya ada...tapi angah..."kata-katanya tersekat di situ.koi tanya lagi"tapi aper??"..."tapi minyak tuk mengoreng pisang nnt tak de,puas ayah cari,kata diorang stok minyak dah abis.dan stok baru masih belum dihantar,jadi ayah hanya beli marjerin ni ajer.bolehla kamu sapu kannya di atas roti nanti..fuhh!!!minum dengan kopi,terangkat abiss"ujar ayahanda dengan cubaan tuk memujuk koi...dan petang itu koi makan roti sapu marjerin bersama kopi yang agak masin kerana dilimpahi air mata sayu koi..adusss...susahnya nak cari stok minyak masak...