welcome 2 my club!!!!!!!

Wednesday, April 27, 2011

teknik casting di paya...

   ramai pemancing tegar di luar sana yang hak mengaku terbaik.bahkan.ade hak cerita luar biasa sampai dah xde ikan yang tak pernah dia dapat..ini koi nak ajar aokmer sikit pasal casting haruan atau lebih dikenali dalam bahasa kampungnya mengodek.sebelum itu ingin di terangkan nama-nama peringkat tumbesaran haruan mengikut bahasa atau loghat daerah..yang paling kecil atau baru nak hidupla..di paggil bloting..besar ibu jari sudah dipanggil berecat...besar tiga jari ke atas..barula di panggil haruan...teknik ngodek yang sebenar,tidak menggunakan mesin pancing,tetapi buluh yang panjang digunakan dan tenaga fizikal yang luar biasa...maksudnya,fizikal,mental,usaha dan kesabaran yang tinggi itulah kunci kejayaan tuk mengodek haruan.tapi jgn salah pakai umpan.tak dapat haruan jadi haru-biru plok..gonerkan yarkk..menggulai haruan la kite plok yarkk.

Tuesday, April 26, 2011

pelbagai guna...

   sebut pasal kepelbagaian ni,macam-macam boley kite fikirkan..contohnya kelapa..banyak kegunaannya..pastu apa lagi??ermm..pisang..tapi pisang ni canggih ckit..kalau kita ambik jantung pun ianya masih lagi giat membesarkan buah pisang yang tinggal..tapi bila buahnya di ambil..pokoknya mesti di tebang..daunnya dibuat bungkus nasi lamak,lemang,lepat.dan pelbagai lg..batangnya..kalau dulu selalu di gunakan oleh tuk mudim tuk sebagai sebahagian rutin tuk mengkhatan budak lelaki..tapi ada satu resepi di perak..tengah-tengahnya/macam umbutla lebih kurang,dimasak gulai kawah..kroittt-kroittt...aduii..perut da berbunyi..makan dulu ya semua..

Monday, April 25, 2011

hang nadim....

  cerita rakyat pasal hang nadim memang populor dikalangan rakyat malaysia dan singapura suatu ketika dahulu..manakan tidak,seorang budak kecil yang bijak berjaya menyelamatkan singapura daripada dilanggar todak.todak??..nama lainnya adalah marlin...sekarang ni todak dikatogerikan sebagai haiwan yang hampir pupus..salah siapa?hang nadim tidak wujud lagi zaman sekarang,tok mudim adalah...maka,kitalah yang bertanggujawab memulihkan ekosistem agar flora dan fauna disekeliling kita tidak terganggu...tapi nak tanya sikit boley?last cerita tu..hang nadim khawin tak ngan tuan puteri tu???suatu soalan bonus...(^_^)

Wednesday, April 20, 2011

Tinie Tempah dan Skylar Grey

..haha ..kelakar betul aku, Tinie Tempah pun aku tak tahu. Actually tadi semasa sedang aku cuba men'update'kan diri dengan muzik terbaru yakni ter'latest', hip, top dan nombor satu aku terpandang pada satu nama Tinie Tempah dalam Channel Vevo Youtube, nama yang kerap dah aku tengok sebelum nie, dan biasalah..tak aku pedulikan sangat. Aku ingatkan iklan -dalam Channel Vevo disekiling klip video ,background dier ada iklan/poster/ imej menunjukkan artis yang terdapat dalam Vevo- sebab aku ingatkan iklan sebab TINIE satu nama orang yang aku kenal dan rapat dan TEMPAH perkataan biasa dalam bahasa melayu kita , jadi anggapan ini adalah satu iklan menawarkan satu perkhidmatan tempahan..haha yes seriously ..itu yang aku pikir. Tak pelik tapi itulah menunjukkan beberapa flaw di dalam cara otak kita berfikir dan berfungsi..

*Aku tak tahupun yang nih lagu Tinie tempah dan biasalah sekarang dah menjadi koleksi muat turun haram aku(^_^)



Okeh ...Skylar Grey ? kenapa dengan dia?
Bagi aku dia mempunyai vokal yang a..eh cam pro pulak, suara dier memang best, angel-like,tetapi aku lebih sukakan Holly Brook..siapa dia? mungkin ade yang tahu ..bg yang belum dia adalah Skylar Grey..yep orang sama. Dan maksud adalah muzik yang di bawa keduanya ..sebelum perlu aku nyatakan bahawa aku tiada perjudis dengan Hip Hop ,genre yang di bawa oleh Skylar Grey. Muzik Holly Brook mempunyai subtances dan soul di dalamnya... reality check 'apa yang kita suka dan buat belum tentu mereka-mereka yang lain suka'. Gabungan melodi dan liriknya 'lembut-saja' dan perghh...korang tengok ajerlah video kat bawah nie

Tuesday, April 12, 2011

cantoizzz...

  cerita pasal jajan...atau makanan ringan..ape jajan kegemaran anda???ramai yg sukerkan super ring!!!!tapi ramai yang kurang berminat ngan chikie dies..right...tapi ble sebut cheese...semua orang tersenyum..hinggakan keluar cerita hang tu mak limah..hihhihihihihih

Monday, April 11, 2011

`duit duit di mana kau duit'

..salam pagi isnin buat sume rodong-rodong sekalian, sebagaimana yang dijanjikan hari nih aku akan bercerita pulak pasal satu lagi pengalaman mistik. Sebenarnya aku nih lebih suka perkara yang ada penjelasan dan bukti seperti sains, bukan tak percaya benda ghaib tetapi biarlah sekurangnya ada alasan dan keterangan kenapa ia berlaku dan sedikit kalau mungkin bagaimana ia berlaku.

Tarik duit nih dulu adalah satu fenomena dan masih ada followernya yang tersendiri. Ada pelbagai cerita mengenainya. Ada yang cerita duit yang tarik tuh dari kekayaan Sukarno, Presiden Idndonesia yang pertama,satu ada yang cerita sebenarnya ada 7trilion duit ghaib yang tersedia untuk di ambil untuk orang berkelayakan dan yang macam-macam lagilah cerita yang sewaktu dengannya.

Ada satu abg, Ajay(bukan nama sebenar) dia menceritakan pada aku yang kawan dia baru-baru nie tarik duit dan dapat dalam jumlah yang banyak ratusan ribu katanya.

"abang nampak sendiri ker?" aku tanya
"tak...tengok dalam gambar"
"gambar betul ker bang?"
"betul...duit tuh susun atas katil"

Aku senyum jer, oh ya..ader pelbagai pantang yang kita kene jaga masa tarik duit nih..ade tuh takleh ada rasa tamaklah ..kene ikhlas, duit kene ikhlas? susah tuh..dikatakan bila kita langgar pantang tuh otomatik duit jadi kertas ..ada yang cakap jadi tuh daun.

..okeh citer aku pulak. Tok bomoh nih dia cakap awal-awal; apa yang dia buat ni bukan yang seperti orang cerita , duit beribu-ribu tapi hanya cukup untuk keperluan si yang meminta nak gunakan pada masa itu. Member aku paham dan aku hanya angguk ajer. Kami hanya bertiga sahaja masa itu. Tok Bomoh mintak semangkuk beras, katanya melambangkan rezeki..bla bla bla(aku lupelah)
Mula-mula hanya pasang lilin pastuh dia suruh padamkan.(apahal diorang nih dengan 'gelap' hah? mushkil mushkil..) Dia hanya dia dan pejam ..haa yang nih memang lain sebab dia tak jampi serapah. oh...lupa plak beras tadi di tutup dengan kain hitam. Tok Bomoh pegan mangkuk kat bawah kain hitam tuh. Tak lama pastuh tetiba jer mangkuk tuh bergoncang...pada mata aku nampak macam Tok Bomoh tuh yang goncangkan ..goncang tuh kuat sangat tumpah beras.
Aku kemudian di suruhnya meraba ke dalam mangkuk tuh. Tak ada ape-ape kecuali beras sahaja.
Tok Bomoh cakap belum lagi. Pastuh mangkuk bergoncang lagi kali nih selain dari beras yang tumpah , aku nampak kain menaik dan macam ada kertas di dalam mangkuk tuh berlaga dengan beras yang ada kat dalam dia. Tpk Bomoh suruh aku raba..Ada ! Memang ada kali nih, macam duit, rasa dia..aku happy..member aku lagi lah hepi nyer..ha ha ha duit bro..Tok Bomoh tunjuk isyarat rilek dan dia suruh aku tarik satu-satu dari dalam mangkuk tuh.
Satu-satu aku tarik..fuh ..not sepuluh ringgit, not lima ringgit not seringgit pun ader..'excited'nya bukan kepalang.
"pastikan tak der yang cacat , kalau tidak kita kena pulangkan semula" pesan Tok Bomoh.
Dalam aku sibuk menarik tuh ..tetibe aku rasa macam pelik sangat , macam ada benda yang tak kene "yang nih macam tak jadi jer , tok"
Tok Bomoh pandang ajer aku , dia suruh ambik dulu. Member aku sebelah kenen aku lain jer. Lepas tuh yang banyak tadi tinggal dua tiga keping jer. Aku raba lagi dalam mangkuk tuh ..habis dah..Lampu pun pasang sebab nak tengok dan kira berapa banyak yang dapat.
RM72 sahaja. Pergh rasa mcam banyak saja. Member aku tegur lain jangan cakap macam tuh kalau buat benda-benda macam nih. Lah mana aku tahu tak boleh cakap..yang Tok Bomoh tuh cakap tadi buat apa, cakaplah kalau ada diamkan dulu. Macam-macam.

Anilisis aku..
benda tak mustahil berlaku atas alasan perkara ghaib.
TETAPI:
1)Kenapa mesti upacara itu dalam gelap?
2) Serius aku mcam nampak yang Tok Bomoh goncangkan mangkuk tuh,dia cakap "dah datang dah
..dah datang dah?
3)Tutup dengan kain hitam? hermm
4) duit tuh terperenyuk macam-macam kita letak dalam kocek pastuh bawak tido.

Aku tak cakap Dia tipu ..tapi lebih kepada aku anggap dia pandai buat trick magic tuh ajer..yang pasti selepas pada aku tak pernah lagi di bawak ke mana-mana upacara mistik , aku banyak sangat persoalan...banyak sangat komen, jadi tak elok ..ada member yang salahkan aku biler tak dapat apa yang sepatut diorang dapat.

..hermm...sebenar ada dua tiga lagi pengalaman mistik aku ada. Tapi..kita cerita lain lah pulak..nanti aku citerkan tentang sains pulak atau yang lain. Okeh ...rodong-rodong ..wa chalow dulu..ADIOSS AMIGOS...!!!

P.H. 2011

Friday, April 8, 2011

ngangkung!!!

..semelekom, apo kabor sume, yep..ini bukan bayu timur, cume mengisi kekosongan bayu timur mase dier tokleh nok update dan juge ataih jemputan rasmi dari dier jugok..so rodong-rodong salam kenal sume. Aku nie kire macam 'ghost writer' lah(alah macam dalam filem omputih yang tengoh main kat panggung tuh) dalam kata lain penulis hantu. Setelah ngadap blog nie lelamer -analisa sedikit sebanyak ,mencari idea nak tulih ape...ermm bila dak ngadap nie, payoh pulok nok menulis nyer ingatkan senang jer.

Tapi untuk permulaan meh sinih aku citerkan satu cerita benor(hampir). Hari itu aku pergi mengikut member pergi ke satu upacara mistik-macam dalam filem NGANGKUNG tuh. Member yang ngajok, memujer hantu katernyer, dier nih kaki Nombor ekor(aku bukan) , sebab katenyer 'best' maka aku terimalah pelawaannya(aku sajer nok tengok goner benda upacaranya, nok merasai sendiri pengalamannyer macam mana) Pergh...banyok betul peralatan-nyer..gabra-nyer takyoh citerlah , biler pulok disuruh jadi pembantu kepada tok bomohnyer. Tapi buat steady-jer-lah cover line (beselahkan). Lilin, setanggi, kemenyan, mangkuk putih , kue kukus(tak hingat dah apa namanya)dan beberapa lagi barang.

Memulanya aku disuruh lipat kertas buat bekas nok isi barang yang ada. Ala lipat kertas jadi macam kotok* (macam yang buat masa2 sekoloh rendoh ari tuhlah) tapinyer aku maner nak ingat(gabra gamoknye). Kenelah maroh dek tok bomoh. Kemudian biler dah siap sumernyer kami-orang pun berangkat ketempat yang di katakan sesuai untuk panggil hantu -beselah ..mana lagi kalau bukan bawah pokok besar(pokok mende aku tak tahu)

Dah siap bentang tikor* sume(siap bawok Fumakilla tuh..memang mistik ..-oh ya henfun kene off ya ..)aku di suruh duduk sebeloh kanan tok bomoh-nyer, aku kene pasang setanggi, lilin tak leh pasang lagi. "nanti jangan sampai putus bakornyer.." suruh tok bomohnyer. Aku masih gabra maka terkebil-kebil tak paham. "bakor apenyer?" Member kat tepuk bahu aku, nunjukkan benda yang nok di bakor...hooo cakap bakor duit..ala duit cina mati tuh..warner kuning..macam dalam filem hantu cina pulok. Maksud dier jangan di bagi padam sebelum siap upacaranya.

Maka bermulerlah tok bomoh membaca serapahnyer...ermm bunyinyer macam bahasa jawer. Adalah nama-nama jembalang itu ..ini yang disebutnyer. Aku yang kat sebeloh dier nih sebuk membakor 'duit-cina-mati', gabra pun bertamboh-tambohlah. kejap-kejap mandang* kiri, mandang kanan Walaupun tadi tok bomoh, dier dah buat buatkan pelindung kawasan(dier cacokkan seruas buluh dan belah limau nipis pastu pacokkan pulok atas buluh tuh-buluh tuh ader berikat tali hitam.)"jangan risau sumer akan selamat, asalkan kamu-orang tak keluar dari kawasan nih"kata dier.

Aku pun nunggulah ngan risaunyer sambil tak berenti-renti membakor di sebeloh. Dengan panasnyer ,dengan nyamuk, dengan miang lalang..huuu macam-macam ader. Tok bomoh tuh punyerlah kuat serapahnyer rasanya jauh jugaklah boleh di dengor orang( Sebenornya kitorang nih buat kat blakang umoh member nih.) Sedang..tok bomoh membace serapah dier tuh, member aku bisik dari belakang "psst..tok buleh 'slow' sikit tok ..orang nok tidur" aku yang nervous dan bercampor gabra nih terus rase nok gelak, hileng sumer nerves ngan gabra. Tapi aku tahan. Tok bomoh buat tak peduli jer dan sampailah selesai sumernyer.

..hah, okehlah sampai kat situ jerlah citernyer...yang pasti aku tak mahu dah pergi. Aku bukan kaki judi pun. Buat apa nyusohkan diri pergi meredoh semok* ,gigit dek nyamuk dan kene tahan kencing lagi.."tak kose*kan" kata oghang Pahang.

Nanti kita bercerita tentang tarik duit pulok,oke..(^_^)



*kotok= kotak
*mandang= melihat/memandang
*semok= semak
*kose= kuasa
*tikor=tikar


ps: sebarang bentuk pemujaan adalah salah di sisi agama Islam-hukumnya syirik
judi adalah haram di sisi agama.

P.H. 2011

Sunday, April 3, 2011

suatu petang yang damai...

    arrggghhh...lemah badan rasanye kalau lme ngat tido..ingat nak mancing pun xenjadi.gonerkan....tido dari pas zohor sampai ke pukul 5.30pm..aduss...koi ingat koi kena pergi berjogging gek sekali sekala..kat mana anda semua nak tau???semestinya dekat taman kubang gajah...kenapa???hehhehehee..sebab awek kat sane ramai...kuikuikui..okla semua..nanti koi sambung lagi membebel..