welcome 2 my club!!!!!!!

Thursday, October 15, 2015

Musim abuk Dan asap kabus

Dah dekat setahun selepas Musim banjir yang terburuk melanda kita..kini sibuk pulok ngan kabus..malas nak cerita pasal isu semasa ni sebab masalah sentiasa mengikut kita umpama bayang-bayang.. Begitu juga jalan penyelesaianyer,cuma kita jer tak nampak..kate org tua-tua gajah seberang sungai nampak..tapi tahi tepi mata dia buat-buat tak tahu..

P\S:bahase orang semantan..temerloh asalnyer perkataan mereloh iaitu tido..tp yg koi nk taula kalau aokmer tau nape bukan mengeluh?tapi mereloh??

Tuesday, May 26, 2015

Program derma darah di ppd temerloh..

Pagi ni koi pergi ke ppd temerloh kerana ade program derma darah untuk hospital temerloh atau di kenali sebagai hoshas..singkatan kepada hospital sultan haji ahmad shah..tahniah kepada en.wan abd hamid atas jasa beliau membuat program yang mulia ini..semoga di rahmati ALLAH hendaknya..INSYAALLAH..

bayu timurz8

Program derma darah di pej.pend.daerah temerloh

bayu timurz8

Friday, May 15, 2015

Xox

Hari ni belajar nak pakai xox..nak pakai kena bayar pakej mula sebanyak ringgit malaysia sepuluh sahaja.tapi kalau hantar pesan ke nombor lain kena dua puluh lima sen juga...cuma pesanan pada semua pengguna xox percuma sahaja..manakala pakej internet nya 'no recured' dan senang di jual..modal serendah 278myr..{10 simkad+ereload#full acces dealer)
Bersambung...

bayu timurz8

Tuesday, May 12, 2015

Roti

Tepung high protein
Garam bukit
Yiss
Gula
Air
Marjerin

Sekarang tgh belajar buat roti..ade sesiapa yg boleh tlg?

bayu timurz8

Saturday, May 9, 2015

Shopping to c.b.s temerloh..

Perrghhh...tak sangka dapat jugek bersiar-siar di car boot sale temerloh..payung gambor jer

bayu timurz8

Wednesday, April 29, 2015

Ceriter sang bayu

Semusim dingin telah lama berlalu..yg tinggal kini hanyalah bunga-bunga yang semakin kering dan meluruh..sekali-sekala sang bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa.. Ada kalanya tiada langsung..riuhnya unggas bukan hanya kerana kepanasan malahan tertanya-tanya akan kehadiran sang bayu yang semakin kurang menyapa..mengapa sang bayu?adakah dikau merajuk..

bayu timurz8

Tuesday, February 3, 2015

Musim mengodek..

Musim ikan bungkus dan ikan gohok sudah berlalu..kini musim mengodek haruan sudah tiba..masa koi tulis entri ni,koi masih lagi ditepi paya..seronok sungguh dapat buat aktiviti yang hampir 2tahun koi tinggal..nak lagi bercerita tapi ikan nya baru sekor..nnt koi sambung citer yarkk..kabaaiii

Thursday, January 22, 2015

° Bila Rindu Menyapa °

RINDU
Dikau datang lagi...
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu...
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti...
Biarpun menanti di hujung hari

Aku hidup dalam kenangan ,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.


Credit to :  Rakan Blogger

Friday, January 16, 2015

° Kata-Kata Mutiara °

“Real success is determined by two factors. First is faith, and second is action.”

Kesuksesan sejati ditentukan oleh dua factor. Pertama adalah keyakinan, dan kedua adalah tindakan.



“Never put any limitation since you want to start something, but if you have done you know your limitation.”

Jangan meletakkan batasan ketika Anda ingin memulai sesuatu, sebab ketika Anda sudah mengerjakan, Anda akan mengetahui sendiri sejauh mana batasan Anda.



“Keep going and never quit! The champion is never quit.”

Terus maju dan jangan pernah berhenti! Sang juara tidak pernah berhenti!



“Obey your deep heart feeling and you can find your inner potential.”

Patuhi hati nurani Anda dan Anda akan menemukan potensi terbaik di dalam diri.



“Good communication comes from people to people, but great communication comes from people to Allah.”

Komunikasi yang bagus datang dari manusia ke manusia, namun komunikasi yang luar biasa datang dari manusia ke Allah.



“Provision would not be friends with an idleness.”

Rezeki tidak akan bersahabat dengan kemalasan.



“Good start will lead you to great end.”

Awal yang baik akan membimbing Anda ke hasil yang luar biasa.



“Think big, feel strong, and pray hard for deep heart.”

Berpikirlah besar, jadilah kuat, dan berdoalah dengan sungguh-sungguh untuk hati yang terdalam.



“Make a history in your life, not just a story.”

Buatlah sebuah sejarah di hidup Anda, bukan hanya sebaris kisah.



“People do not care how much you know until they know how much you care.”

Orang lain tidak akan perduli seberapa besar pengetahuan Anda hingga mereka tahu seberapa besar peduli Anda terhadap mereka.



“When you fast do a goodness, the good fortune will quickly approach you. When you fast do an evil, then the windfall will quickly away from you.”

Ketika Anda cepat melakukan kebaikan, maka rezeki akan cepat menghampiri Anda. Ketika Anda cepat melakukan keburukan, maka rezeki akan cepat menjauhi Anda.



“Life is a struggle, there is no life without a struggle.”

Hidup adalah perjuangan, tidak ada hidup tanpa perjuangan.

Thursday, January 15, 2015

Dingin..

Setahun sudah berlalu..kini suhu sejuk kembali menyerang tempat koi..amboii sejuk sangat yarkk pagi..klu setakat nk minum air batu pagi2 xpayah bukak peti da..air dlm botol mineral pun da sejuk..nasib koi da stanby bli sweater a.k.a baju sejuk..kalau dulu nak rasa sejuk ni kena pergi melawat tempat tinggi macam cameron highland,genting,bukit fraser,dan janda baik..yang koi sebut ni tempat yang ada di negeri koi pahang..tapi xsemua dah koi melawat..tapi suhu yg dingin tu pernahla koi rase..tapi sekarang koi tak payah pergi jauh-jauh..bab kate orang tua tahap ketuk muka pintu..itula pasal nak sangat merase musim sejuk..tuhan dah makbulkan..alhamdulillah..cuma satu jer yang koi nak ingatkan..biorla musim jer yang dingin,jangan hubungan silaturahim antara kite semua jadi dingin..

Thursday, January 8, 2015

Cerita sang bayu..

Pernah diceritakan oleh datuk nenek moyang koi dulu pasal angin barat dan angin timur..setiap satunya ada kelebihan tersendiri..akan tetapi angin barat ade sedikit ego,manakala angin timur bersikap merendahkan diri..hendak dijadikan cerita maka dengan keegoan angin barat tadi telah tercetusnya perbalahan antara angin timur barat dan angin timur..justeru itu angin timur telah dicabar oleh angin barat untuk memperlihat kehebatannye..telah terlihat oleh mereka seekor kera sedang bermain diatas pokok..masing-masing bersetuju barang siapa yg dapat menjatuhkan kera itu diistihar pemenang..dengan penuh ego angin barat memulakan pertandingan dengan tiupan yg kencang..kera yg tersedar dengan kehadiran angin kencang tadi mula berpaut serapat yg mungkin pada pokok...walaupun telah luruh semua daun yang ada,tapi kera itu tetap memeluk pokok hingga membuatkan angin barat terpaksa mengalah..kini giliran angin timur memulakan langkah..angin timur hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa hingga membuatkan kera tadi terasa nyaman dan mula merasa mengantuk..aokmer tahu kesudahanya?hehehe....kera tadi tertido sampai terlupa nak berpaut pada pokok dan jatuh macam nangka busuk...kahkahkah...

P/s...makan bukan sebarang makan..cakap bukan sebarang cakap

Pantun:sorong papan tarik papan
              Buah keranji dalam perahu..
               Aahhh..sambungla kawan-kawan
               Aokmer bukan tak tahu...

Saturday, January 3, 2015

Banjir tempat kome..

Alhamdulillah hari ni banjir tempat kome ari ni da mula surut..riuh kat tempat masak,para sukerelawan sibuk memasak di sabak..kome yang jage sepadan ni turut same meriuhkan suasana..macam-macam bantuan yang sampai..makanan,minuman,kain baju,ubat nyamuk(rokok),pampers,tuala wanita,dan jajan..disini koi selitkan gambar untuk tatapan aokmer semua..

Wednesday, May 15, 2013

sifu!!!


Salam semua..minggu ni para pelajar sibuk meraikan hari guru..bahangnyer memang terasa kat Bandar temerloh ni..mana tak nyer,malam sebelum sambutan hari guru,jalan kat area Bandar baru  sesak disebabkan para ibu bapa sibuk melayan karenah anak-anak yang bersemangat membeli hadiah sempena hari guru..koi teringat mase zaman koi sekolah dulu…koi tak pernah nak beli hadiah kat guru disebabkan factor ekonomi..tapi,rodong-rodong koi yang ‘loaded’ pun tak membeli hadiah..tapi yang syok nyer,kome bertungkus lumus membuat kad hari guru yang tercantik mengikut kreativiti masing-masing..para-para guru pulok sibuk membuat persiapan untuk hari tersebut..yang paling koi minat diorang adakan acara sukaneka untuk para guru..mase tu la kome tau yang cikgu kome tu bukan setakat pandai mengajar jer..tapi jugek aktif bersukan..kome ni jadi tukang sorak untuk memberi semangat pada diorang(para guru)…tapi zaman sekarang plok murid-murid sanggup berabis duit untuk membeli hadiah yang boleh di katakan mahal gek la untuk cikgu masing-masing..bangga koi walaupun adik koi mintak sumbangan duit untuk beli hadiah..rasenyer tak terlambat untuk koi ucapkan selamat hari guru untuk semua guru-guru di dunia ini..terima kasih atas tunjuk ajarmu yang membuat kami pandai menulis dan membaca…sayang cikgu..terutamanyer cikgu pompuan…hehehe.
Kat bawah nie ade gambar koi mase darjah satu..cuba teka mane satu gambar koi…hihihihi

Wednesday, May 8, 2013

kisah wang kertas rm1 dan rm100..

wang kertas rm1 dan rm100 diperbuat dari kertas berkualiti yang sama dan diedarkan oleh bank negara..ketika di cetak,mereka masih bersama..tetapi terpisah dibank dan beredar di masyarakat..bagaimanapun,empat bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.maka mereka pun berbual..rm100 bertanya kepada rm1,"kenapa badan kamu comot,lusuh dan berbau hamis?"rm1 menjawab,"kerana sebaik saja aku keluar dari bank,terus ketangan org bawahan.daripada buruh,penjaja,peniaga ikan dan ditangan pengemis."lalu rm1 bertanya balik kepada rm100,"kenapa kamu kelihatan begitu baru,rapi dan bersih?"...."kerana sebaik saja aku keluar dari bank,terus di sambut wanita cantik,dan beredarnya pun di restoran mahal,di kompleks membeli belah dan juga hotel berbintang serta keberadaan ku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."jawab rm100..bertanya lagi rm1,"pernahkah engkau berada ditempat ibadah?".....rm100 menjawab,"belum pernah."..rm1 berkata lagi.."ketahuilah,walaupun aku hanya rm1,tetapi aku selalu berada diseluruh tempat ibadah dan di tangan anak-anak yatim serta fakir miskin..bahkan aku selalu bersyukur kepada tuhan.aku tidak dipandang sebagai suatu nilai,tapi suatu manfaat."....lalu tunduklah ego rm100 kerana selama ini dia merasakan diri besar,hebat,tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini....                                              


MORAL CERITA INI:-
bukan betapa besar hasil pendapatan kita tapi berapa maanfaat/berkat hasil pendapatan kita diguna ke jalan yang betul,kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan
                                                   

Saturday, March 30, 2013

kalau boleh...

tahun ni ade gek perancangan yang telah disusun oleh arwah ayahanda koi dulu..contohnya penanaman getah yang selesai awal bulan februari baru-baru ni.tapi sementara menunggu pokok getah membesar,lebih baik kita tanam sayur-sayuran,cili,pisang,tebu dan sebagainye..terpulang pada pilihan masing-masing..tapi pilihan hati koi la kalau boleh hajatmye nak tanam cili padi ,pisang dan jagung..da banyak info koi download pasal penanaman cili padi dan pisang,dan cili pun masih lagi dalam proses semaian..bahagian pisang pula,koi terpaksa tanam sedikit-sedikit kerana pokok pisang sekarang berpenyakit jadi susah sikit nak dapat benih yang berkualiti..harap kawan-kawan doakan semoga koi berjaya dengan projek ini..

Friday, March 29, 2013

pernikahan penulis jemputan bayu timur; sabda kalam(abang koi)

 menunggu di suatu tempat untuk persiapan terakhir..
 sedang menggayakan baju..
 gambar hantaran..
 berpeluh depan tok kadi..hehehe
 senyum di hari pernikahan..
driver yang tak penat memandu(koi)hehehe..

Thursday, March 21, 2013

lagi sekali??

cerita pasal member nak khawin jer,tapi tak perasan yang abg koi pun nak nikah esok ari..hai...yang sulong da nak nikah koi nombor dua dok lagi..adik pompuan bawah koi,sorang da nikah..terasa tak lame lagi giliran koi pulok..tapi goner?sementara biorla gini..nanti orang kabo koi tak sabo-sabo nak nikah(gatal sangat da..)tapi yang penting sementara masih solo baik koi kumpulkan persediannyer dulu..macam tempat tinggal,kenderaan..dan yang paling penting..ilmu!supaya boleh gek ajarkan mne yang si isteri tak tau,boleh gek koi tunjukkan..ceh...macam dr.fadilah kamsah plok koi ni bercakap..ermm..tapi belum khawin lagi da pikir nak ade isteri dua..goner tu??hehehhe..lumrah lelaki la..

Saturday, March 16, 2013

lagi?

cerita ni sambungan dari cerita bila lagi?.ermm..esok member koi sorang lagi akan melangsungkan pertunangan..tahun ni memang ramai member koi yang akan menjejakkan kaki ke alam perkhawinan..masa bujang diorang dah tamat,tapi koi belum lagi..bukan koi tak nak khawin,dan bukan sebab modal tak cukup..tapi sebab tanggungjawab pada adik-adik koi yang lebih penting..kalau sorang lagi da abis spm baru la saat tu akan bermain di fikiran koi..mungkin tiga tahun lagi kot..tapi jodoh kita tak tau bila dia sampai..bukan tunggu bila kita sedia,betul tak?                                                                   p/s:sesiapa yang ada calon untuk koi bolehla kenal-kenalkan..hehehe..

Monday, February 11, 2013

bila lagi?

nila gambo kenangan masa kenduri pakcik kordi,kawan sekolah rendah koi dulu..bila pulok time koi nyer?satu persoalan yang membingungkan koi ler ni..cerita pasal jodoh...ermmm...ALLAH dah sediakan kite dua benda tapi kita kena usaha dan satu akan tetap menunggu kita...dua benda tu ialah rezeki dan jodoh tapi maut akan tetap menanti kita..macam last tahun lepas,koi baru gek kehilangan ayah yang di hormati dan disayangi..jadi..adik-adik koi dengan rasmi nyer jadi yatim piatu...AL-FATIHAH buat ayahanda yg dihormati dan tahniah buat pakcik kordi dengan perkahwinan beliau...semoga beliau memperolehi kebahagian dan di kurniakan anak yang soleh dan beriman,,Amin..