welcome 2 my club!!!!!!!

Friday, January 28, 2011

Sejarah Nama Negeri Pa hang



Al kisah...

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.
”“Hamba pula cadangkan Margapura.
”“Karma Sari lebih molek.
”“Molek lagi Margapura.
”“Pilihlah Karma Sari!
”“Margapura!
”“Karma Sari!
”“Margapura!
”“Karma Sari molek!
”“Molek lagi Margapura!
”“Tengkorak hang!
”“Opah hang!
”“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Cerita Adalah rekaan semata-mata..



:P

Monday, January 17, 2011

sambal kulat sisir.....

  Kulat sisir ialah sejenis cendawan yang selalu dijumpai pada batang pokok yang sudah tumbang contohnya pokok getah.tapi koi bukan nak cerita pasal cendawan atau resepi mengenainya..cuma ade cerita disebalik itu. ayahanda koi mempunyai hobi mencari herba dikala beliau bercuti.sambil beliau mencari herba-herba itu beliau juga mengutip cendawan sisir yang ada pada pokok-pokok tumbang tuk dimasak. jadi lunch kome hari tu ialah cendawan sisir masak sambal.bahan lain yang dimasuk dalam resepi tu ialah santan kerana ingin membuatkan sambal itu lebih pekat dan baru ade ummmppphhh....

Nak dijadikan cerita mase nak masak tu cili bahan penting telah kehabisan, jadi ayah koi pun pergi ke kedai tuk membeli cili sebanyak dua ringgit.jadi adik perempuan koi ditugaskan sebagai cheff..bila bekalan cili sudah sampai, tanpa membuangkan masa adik koi terus mengisarnya.ayahanda hanya duduk diruang tamu sambil membelek akhbar.

Sebaik sahaja sambal dihidangkan,koi terus jer mengisi sambal dengan banyak disamping lauk ikan pelalin goreng yang rangup...wauu mebuka selera...tiba-tiba....koi terasa lain macam...muka koi bertukar menjadi merah..bibir bertambah bengkak mengalahkan angelina jolie...telinga terasa bangaikan keluar asap..koi terus bergegas ke sinki,membasuh mulut...rupanyanya adik koi memasukkan semua cili yang ayah koi beli...adussss...mengalir airmata koi menahan pedas....adutyaaaiiii kebas lidah koi...huk huk huk..