welcome 2 my club!!!!!!!

Thursday, September 2, 2010

Seminggu sebelum raya...

Ramai berpendapat hari raya jatuh pada tarikh 10.09.2010 masihi iaitu hari jumaat.aku pula berpendapat kemungkinan hari khamis iaitu 09.09.2010.Itu hanya telahanku,selalunyahari raya di malaysia bertepatan dgn kalender yg sedia ada.Yang penting apakah puasa aku tahun inicukup?ternanyata imanku lemah,aku tewas juga dgn nafsuku sendiri.memang membakar lemang selalu berhadapan dgn panas,tapi aku tidak bolehjadikan ia sebagai alasan.Ini kerana rakan kongsiku yg bernama asrul tetap melaksanakan ibadah puasa sekalipun berhadapan dengan bahang panas sepertiku.Walaupun selamba tetapi hakikatnya aku malu dengannya.Ya,cerita pasal bisnes lemang,ALHAMDULILLAH..bisnes setakat ini berjalan lancar.Biasalah,ada masanya kurang,ada kalanya lebih.Adat orang berniaga..Bukan sekadar untung yg aku dapat,tapi pengalaman itu yg paling penting.Ianyanya tak dapat aku beli dari mana-mana tempat sekalipun.Dan tidak lupa juga pada zakat masat fitrah.tu pun masih belumku laksanakan buat masa sekarang.Namun,masa masih lagi panjang,ermm...sekarang dah pun tiba waktu untukku bersahur..Dari terus-terusan melalut panjang,lebih baik aku mengisi perut yg rancak menyanyikan lagu'kerongcong untuk ana'Terima kasih seikhlas hati pada yg sudi membaca nukilan ku ini.Yang lemah dan silap datang dari kelemahanku dan yg benar hanya datang dari ALLAH S.W.T....SALAM AIDILFITRI DARIKU.....

2 comments:

Nerzhul said...

orang tak puasa takleh raye....hihihihi

bayu timur said...

yela....hahahahaaa...