welcome 2 my club!!!!!!!

Wednesday, September 29, 2010

Susahnyer tido...

Ermmm.....dah pagi dah rupenyer.Tapi baru pukul 2,tak taula kenapa susah sangat nak tido.Cuti dah dua bulan berlalu(hakikatnyer koi di rehatkan kes hampir bertumbuk dengan warga TM),kerja pulak di jengka untuk kerja-kerja permasangan.Hari pertama kerja di jengka dah dapat kenalan wanita yg berasal dari kota gelangi.Mungkin sebab koi ni peramah sikit kut..Kad pengenalan pula dah seminggu hilang.Nak buat kena denda RM 1.10,mahal woii...sebab koi baru kerja balik dengan TM.Ingat nak simpan duit untuk nikah(kot-kot jodoh koi cepat sampai.Tapi member koi pernah cakapla,kucing dia yang pandai berak kat toilet pun lebih lawa dari koi.Memangla koi tak lawa,tapi macho tu adala sikit.Orang cakap,ayahanda koi masa muda2 dulu muka dia macam DAHLAN ZAINUDDIN.Manakala koi ada iras dia(ayahanda koi la..)masa muda-muda dulu.Maknanya koi ni kategori kacak juga la kan..Sungguh pun demikian,koi masih lagi tak berjumpa dengan wanita yg ada keikhlasan(memilih kot)La..merepek ape ntah koi ni.Baik koi bercinta dengan arnab comel milik adik koi.Senang..makan,minum,kencing,berak, malahan buat apa pun tak pernah bersungut.Tapi sesetengah orang kalau tak dengar isteri/teman wanita membebel mau demam dibuatnya.Tapi koi rasala,antara koi dan bekas teman wanita(koi punya la..)koi lagi kuat membebel,sampai terdengar di telinga ni bunyi air mata mengalir laksana air terjun chamang<tanda keinsafan akibat leteran koi.Kalau la jodoh koi nanti pun yang kuat membebel,macam mana pula???Mungkin kami akan berbahas dan berdebat sampai ke subuh,waima sekali pun hanya kerana jodoh koi tu terkentut di khalayak ramai.Ermm....takut juga bila di fikirkan.takper la,batalkan la hasrat koi nak khawin cepat.Lebih baik koi simpan duit untuk pergi haji.Dapat koi haji di usia muda.Doa-doakan la,mudah dimakbulkan.Urrggghhh..ngantukla pulok.Lain kali la pulok koi berceloteh yerkk.Moga anda semua di rahmati ALLAH selalu..Ameen...