welcome 2 my club!!!!!!!

Monday, April 11, 2011

`duit duit di mana kau duit'

..salam pagi isnin buat sume rodong-rodong sekalian, sebagaimana yang dijanjikan hari nih aku akan bercerita pulak pasal satu lagi pengalaman mistik. Sebenarnya aku nih lebih suka perkara yang ada penjelasan dan bukti seperti sains, bukan tak percaya benda ghaib tetapi biarlah sekurangnya ada alasan dan keterangan kenapa ia berlaku dan sedikit kalau mungkin bagaimana ia berlaku.

Tarik duit nih dulu adalah satu fenomena dan masih ada followernya yang tersendiri. Ada pelbagai cerita mengenainya. Ada yang cerita duit yang tarik tuh dari kekayaan Sukarno, Presiden Idndonesia yang pertama,satu ada yang cerita sebenarnya ada 7trilion duit ghaib yang tersedia untuk di ambil untuk orang berkelayakan dan yang macam-macam lagilah cerita yang sewaktu dengannya.

Ada satu abg, Ajay(bukan nama sebenar) dia menceritakan pada aku yang kawan dia baru-baru nie tarik duit dan dapat dalam jumlah yang banyak ratusan ribu katanya.

"abang nampak sendiri ker?" aku tanya
"tak...tengok dalam gambar"
"gambar betul ker bang?"
"betul...duit tuh susun atas katil"

Aku senyum jer, oh ya..ader pelbagai pantang yang kita kene jaga masa tarik duit nih..ade tuh takleh ada rasa tamaklah ..kene ikhlas, duit kene ikhlas? susah tuh..dikatakan bila kita langgar pantang tuh otomatik duit jadi kertas ..ada yang cakap jadi tuh daun.

..okeh citer aku pulak. Tok bomoh nih dia cakap awal-awal; apa yang dia buat ni bukan yang seperti orang cerita , duit beribu-ribu tapi hanya cukup untuk keperluan si yang meminta nak gunakan pada masa itu. Member aku paham dan aku hanya angguk ajer. Kami hanya bertiga sahaja masa itu. Tok Bomoh mintak semangkuk beras, katanya melambangkan rezeki..bla bla bla(aku lupelah)
Mula-mula hanya pasang lilin pastuh dia suruh padamkan.(apahal diorang nih dengan 'gelap' hah? mushkil mushkil..) Dia hanya dia dan pejam ..haa yang nih memang lain sebab dia tak jampi serapah. oh...lupa plak beras tadi di tutup dengan kain hitam. Tok Bomoh pegan mangkuk kat bawah kain hitam tuh. Tak lama pastuh tetiba jer mangkuk tuh bergoncang...pada mata aku nampak macam Tok Bomoh tuh yang goncangkan ..goncang tuh kuat sangat tumpah beras.
Aku kemudian di suruhnya meraba ke dalam mangkuk tuh. Tak ada ape-ape kecuali beras sahaja.
Tok Bomoh cakap belum lagi. Pastuh mangkuk bergoncang lagi kali nih selain dari beras yang tumpah , aku nampak kain menaik dan macam ada kertas di dalam mangkuk tuh berlaga dengan beras yang ada kat dalam dia. Tpk Bomoh suruh aku raba..Ada ! Memang ada kali nih, macam duit, rasa dia..aku happy..member aku lagi lah hepi nyer..ha ha ha duit bro..Tok Bomoh tunjuk isyarat rilek dan dia suruh aku tarik satu-satu dari dalam mangkuk tuh.
Satu-satu aku tarik..fuh ..not sepuluh ringgit, not lima ringgit not seringgit pun ader..'excited'nya bukan kepalang.
"pastikan tak der yang cacat , kalau tidak kita kena pulangkan semula" pesan Tok Bomoh.
Dalam aku sibuk menarik tuh ..tetibe aku rasa macam pelik sangat , macam ada benda yang tak kene "yang nih macam tak jadi jer , tok"
Tok Bomoh pandang ajer aku , dia suruh ambik dulu. Member aku sebelah kenen aku lain jer. Lepas tuh yang banyak tadi tinggal dua tiga keping jer. Aku raba lagi dalam mangkuk tuh ..habis dah..Lampu pun pasang sebab nak tengok dan kira berapa banyak yang dapat.
RM72 sahaja. Pergh rasa mcam banyak saja. Member aku tegur lain jangan cakap macam tuh kalau buat benda-benda macam nih. Lah mana aku tahu tak boleh cakap..yang Tok Bomoh tuh cakap tadi buat apa, cakaplah kalau ada diamkan dulu. Macam-macam.

Anilisis aku..
benda tak mustahil berlaku atas alasan perkara ghaib.
TETAPI:
1)Kenapa mesti upacara itu dalam gelap?
2) Serius aku mcam nampak yang Tok Bomoh goncangkan mangkuk tuh,dia cakap "dah datang dah
..dah datang dah?
3)Tutup dengan kain hitam? hermm
4) duit tuh terperenyuk macam-macam kita letak dalam kocek pastuh bawak tido.

Aku tak cakap Dia tipu ..tapi lebih kepada aku anggap dia pandai buat trick magic tuh ajer..yang pasti selepas pada aku tak pernah lagi di bawak ke mana-mana upacara mistik , aku banyak sangat persoalan...banyak sangat komen, jadi tak elok ..ada member yang salahkan aku biler tak dapat apa yang sepatut diorang dapat.

..hermm...sebenar ada dua tiga lagi pengalaman mistik aku ada. Tapi..kita cerita lain lah pulak..nanti aku citerkan tentang sains pulak atau yang lain. Okeh ...rodong-rodong ..wa chalow dulu..ADIOSS AMIGOS...!!!

P.H. 2011

No comments: